Wednesday, October 24, 2012

Gunung dikejar, TAKKAN HILANG!

Bimbang. Takut. Keluh-kesah.
Meniti saat-saat yang berlalu dalam kehidupan kita sudah tentunya membawa kita meniti liku-liku kehidupan yang penuh ranjau yang mencabar ini. Adakalanya ujian Allah tu pelbagai.

 

 Bayangkanlah..
Bagi kita sebagai seorang pelajar, KESUKARAN UNTUK MEMAHAMI SESUATU TOPIK DALAM SESUATU SUBJEK YANG KITA PELAJARI TU MERUPAKAN SATU MASALAH YANG BERAT. Lagi-lagi peperiksaan awam beberapa hari je lagi! SPM misalnya.

Akan tetapi..
Lain pula bagi seorang Pengarah Syarikat Swasta yang besar, bagi dia mungkin MASALAH ITU SEKECIL SEMUT. Masalah kerugian yang bakal dialaminya, bagi dia adalah PALING BERAT SEKALI!

Dan..
Lain pula bagi seorang Perdana Menteri, pemimpin negara, dan seterusnya. Sama ada kita sedar atau tidak, setiap yang diberikan kepada kata, meskipun sekecil zarah, adalah ujian. MANUSIA TAKKAN LEPAS DARI UJIAN, WEH! Segala-galanya boleh kita tuding jari untuk kita tuduh sebagai 'UJIAN'.

Manusia tanpa ujian, bagaimana kan dia mengaku bahawa dirinya beriman?

Allah Yang Maha Penyayang menguji kita bersesuaian dengan tahap dan 'darjat' keimanan hambanya. Allah sentiasa perhatikan kita.
Bagaimana kita 'angau', asyik tercari-cari orang yang kita cintai dimana-mana.
* Begitulah analoginya.


Dalam kita tak sedar, Allah pun boleh menunjukkan tanda-tanda cemburunya.
Amboiii.. Hang ingat hang sorang je boleh cemburu..merajuk lepuk orang menangih-nangih ikut suka hang..? Banyak chanteks. Senyum sinis.

Awat..nak bukti ka..?


 *******



Mari kita imbau sejarah kisah yang menjadi titik pemula Sambutan Hari Raya Aidil Adha seperti mana yang kita sambut pada hari ini.

"Sofa dan Marwah kisah bermula
Siti Hajar berhati mulia
Taatkan Allah jua suaminya
Biarpun hidup penuh derita

Nabi Ibrahim suami tercinta
Menerima wahyu perintah Allah
Suatu suruhan mengandungi hikmah
Mereka berdua harus berpisah

Menangis Hajar mendengar kisah
Pilu hatinya dihambat resah
Mengenang nasib telah tersurat
Hidupnya bakal menempuh susah

Nabi Ibrahim hatinya rawan
Anak dan isteri harus ditinggalkan
Namun dirinya tak dapat melawan
Perintah Allah segera dilaksana

Di padang tandus Hajar ditinggalkan
Tiada teman tiada taulan
Hanya anaknya menjadi kawan
Pujuk dan rayu tak dipedulikan

Tika mentari membakar terik
Sesusuk tubuh lesu tak bermaya
Habis bekalan susu kekeringan
Menangis Ismail haus kelaparan

Hajar berdoa dengan hibanya
Mengharap air membasah dahaga
Tanpa diduga terpancar air
Dari hentakan kaki anaknya


Setelah sekian lama Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar dan Ismail di padanag pasir Nabi Ibrahim telah bermimpi dan menerima wahyu untuk menguji keimanannya........

 
BismillahiRahmanniRahim

[101 ] Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.

[102] Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.

[103] Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),

[104] Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim!

[105] “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

[106] Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;

[107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

[108] Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:

[109] “Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!”.

[110] Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

[111] Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.


(Surah AsSafaat 101-111)"



Subhanallah! Maha suci Allah yang sangat-sangat menyayangi hambanya.
Allah CEMBURU dengan perasaan sayang dalam diri hambanya yang mengatasi rasa sayang pada-Nya!
Allah mendatangkan ujian sesuai dengan 'darjat' baginda disisi-Nya, supaya kita kembali kepada-Nya.



Nabi Ibrahim a.s. Sudahlah baginda mendapat ujian..Alangkah susahnya untuk baginda mendapatkan zuriat.
 Sesudah Allah mendatangkan khabar gembira akan anugerah zuriat sebagai penyeri hidupnya, bolehlah baginda bersama-sama dengan anaknya, Nabi Ismail a.s. yang tercinta.
Dicelah-celah kebahagiaan itu, Allah uji pula dengan perintahnya agar anaknya disembelih.
Sangat berat, bukan di mata kita? 
Kalau kita berada di tempat baginda, agak-agaknya apa yang kita rasa? Adakah kita berputus asa? Na'uzubillahi minzalik.

bukanlah kerana Allah zalim menguji hamba yang dicintainya dengan sangat berat, tetapi  Dia menguji tahap kechentaan hamba-Nya kepada-Nya. Allah menciptakan kita untuknya. Untuk kita mencintai-Nya, bukan mencintai anugerah atau pemberian-Nya.

Jadi, wahai sahabat-sahabat seperjuanganku! Andai kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kejayaan KERANA ALLAH.
JANGAN lelah!
JANGAN putus asa!
GANJARAN dan balasan Allah itu PASTINYA ada di situ. Cuma masanya BELUM TENTU SEKARANG ;) usahlah gunung itu dikejar! Ia takkan hilang! Kalau bukan di sini, pasti besar rahmat Allah untuk kita di akhirat kelak ;)

Teruskan berusaha. Allah mendengar hati yang taat ini berbicara. Allah pasti mengabulkannya.
Aminnn. Islam memang sentiasa boleh. Anda bila lagi? Senyum.

 
p/s: Ya Allah, bersesuian dengan Hari Raya Korban ini, aku turut berniat ke arah beberapa pengorbanan terbesar yang boleh kubuat, yang boleh menjadi pendorong ke arah kemurkaan-MU oleh sebab lemahnya diri ini. Bantulah Aku, ya Allah. Aku selalu melakukan dosa. Aku ingin berjaya! Aku ingin menjadi pendakwah yang adil, ya Allah!