Aiwah! Amik kau terkejut. Ops. Kutip tu jantung bergolek-golek. Eh.
Entri kita pada kali ini pasal apa? Ye..ada mata lihat sendiri. Betul tu, HUTANG.
Berat sangat ke perbahasan pasal hutang ni, sampai dipilih oleh Chek Farhani menjadi tajuk pilihan yang 'first and foremost' semenjak baru balik PLKN ni? Haa.. Tu dia, soalan cepumas dan soalan tu lah yang Hani nak dengar. Nak tahu berat tak berat kisah pasal hutang ni, jom kita tengok apa udang di sebalik mi amalan hutang ni.
*Chopp! Chopp! Nanti dulu..
Aduh.. Beratnya...! |
Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid, ayat 18)
Firman Allah bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan.” (Surah al-Maidah, ayat 2)
Namun, Islam begitu teliti dan memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia membabitkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini hingga ke akhirat kelak.
*Analisis pakai kepala otak kurniaan Allah sendir, hhmm.. Boleh?
l. Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.
2. Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi. *(walaupun kadang-kadang kita nampak diorang nampak je macam tenang. Rilek jer..padahal dalam hati tu dia dan Allah je tau..)
3. Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.
4. Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.
Sabda Rasulullah: “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya.”
Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : “Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas..”
Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.
Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”
Sabda Rasulullah bermaksud: “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.” (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai’ dan Ibn. Majah)
Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak.
Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.
Jadi, sekarang, sahabat-sahabat semua boleh nampak,kan impak dan efek disebalik 'kelazatan' berhutang?
Berhutang memang seronok. Dapat BELI, MILIKI dan NIKMATI apa sahaja yang kita nak dengan mudah, dengan cara yang mudah. Senyum sinis.
Tapi, AWAS! Keseronokan di dunia amat besar tipu dayanya! Kerana tanpa kita sedari, kita MENZALIMI orang lain dan diri kita sendiri.
"Kenapa berhutang? dan.. Kenapa rasa biasa je berhutang?" Hellooo.. Urusan saya lah, nak hutang ke taknak..okayy?
Kita check balik diri kita. Ada banyak faktor yang boleh meng'influence' diri seseorang tu untuk terjebak dalam hutang, antaranya ialah:
l. Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang. *(perasaan je tu.. Perasaan ni, sampai bila pun diikutkan..kita akan binasa!)
2. Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.
3. Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.
4. Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.
"Ayuh, bangkitlah wahai ummah! Janganlah mudah tertipu dan termasuk dalam golongan mereka yang diperbodoh-bodohkan. Ingatlah, tiada kesenangan yang dapat dicapai tanpa usaha dan kerja keras. Kejayaan tak datang sendiri, melainkan dengan 'bayaran' dan 'urus niaga'."
5. Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.
Dalam hal ini, jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud: “Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya.”
Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi
Jadi sahabat, tinta ini, tak lain tak bukan adalah nasihat buat penulis sendiri. Nasihat untuk diri hani sendiri (; Jadi, jomlah kita renungkan bersama. Jangankan kerana perkara yang kita pandang remeh ini, menjadi gunting dalam lipatan yang menghancurkan serta membinasakan ummat kita sendiri. Fikirkanlah.
"Bagaimana sesuatu hal itu boleh disebut remeh,
sedangkan Allah dan Nabi junjungan kita memandangnya
sebagai sesuatu hal yang amat berat?"
sedangkan Allah dan Nabi junjungan kita memandangnya
sebagai sesuatu hal yang amat berat?"
Renung-renungkan.. (;
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete