Aku melihat dunia hari ini,
Orang-orang Islam ibarat digenggam
belenggu orang-orang kafir,
Akhirat mereka luput tanpa bayang,
Dunia pun tercicir tak terbela,
Budaya jahil diagung-agungkan,
Siapa yang peduli?
Punya kuatnya kita digenggam jahiliyyah moden sehingga kita lupa siapa kita suatu masa dahulu..Barus, Singkel, Pasai, Ranir, Cordoba, Baghdad, Andalus..
Hilang..hilang ditelan zaman.
Hilang..hilang ditelan zaman.
Kita lupa semua jawaban kepada persoalan kehidupan,
Yang mahir dihafal, tapi..
Mampukah amalan kita nak menjawab di hadapan Munkar dan Nakir nanti?
Aiwah! Ha! Amik kau terkeluar jantung.
Dalam era kegemilangan tanah airku yang gilang gemilang ini, Pak Cik Jahiliyyah tak kenal penat lelah *(walaupun tulang dah retak seribu) melakukan serangan bertubi-tubi, dan tak kurang hebatnya dalam strategi 'mantop'nya menjajah pendengaran, penglihatan kita..serta apa yang kita rasa.
Mana tak nya?! *Ni yang tok nak cerita sejarah hidup tok ni..
Tok Jahiliyyah yang dah tua kerepot ni, sebenarnya..tok membesar sekali bersama-sama dengan pembangunan negara dan dunia kita. Jadi tok pun dah moden, lagi moden daripada korang! Ahah, sebab tok lahir sebelum Nabi Muhammad lahir lagi. Wakakaka. Gelak sinis, menyindir kepala otak yang dah tertipu.
Bayangkan. Macam ni la rupa Tok dan Nek Jahiliyyah yang dah sukses menjajah gaya hidup kita akhir zaman ni. Sadis, kan? *Gulp. Telan air liur sebesar bola golf. |
Sindrom pertama:
First, kita study dulu, cammane sebenarnya strategi Tok Jahiliyyah ni boleh terbongkar dengan Chek Farhani?
Bijaknya dia ni, dia jajah dan kuasai bahan tontonan serta bahan-bahan bacaan kita, selain menjajah lagu-lagu yang kita hidangkan tiap-tiap hari pada telinga kita!
Yang akhirnya semuanya akan di'save' dalam subconscious mind (baca: minda bawah sedar) kita. *pergh..ayatt..
Alaaahh. Bawah sedar je punn. Penting sangat ke? Ada aku peduli? Takde la sepenting reunion aku Sabtu ni.
Tsk. Jantung menumbuk-numbuk mintak keluar, nak lari laju-laju.
Iya..tak penting? Ana bagi beberapa saat untuk fikir balik dan buktikan kata-kata antum tu.
Hhhmm.. Nak fight? Ada brani ka..?
Perkenalkan!
Mamat A: Selalu mengaji, mendengar nasyid, baca al-Quran dan berzikir.
Mamat B: Dengar lagu rock, dah biasa mencarut, selalu call 'baby besar' *(makwe)
Sedang mamat A ni seronok ber'camp'ing (baca: berkelah) tepi jalan Petaling Street dengan geng-geng usrah dia *ewahh. Tiba-tiba ada sebuah kereta dengan laju meluru ke arah mamat A ni. Mamat A ni pun tanpa dia sedari dia melatah "Allah!!". Insya-Allah, tak sia-sia mati dia, mati mengingati Allah. Eheh. Amacam? Nak fight lagi. Jom tengok mamat B pulak.
Okeh..okeh.. Farhani, hang ingat hang baguihh sangattt..
Ana rilek je.. Peace! (: Ana tak cakap. Ops,
Sedang mamat B ni seronok ber'camp'ing (baca: berkelah) tepi jalan Bukit Bintang lek-lek kacang dengan
geng-geng beca moden dia *aisehh.. Tiba-tiba ada sebuah kereta dengan laju
meluru ke arah mamat B ni. Mamat B ni pun tanpa dia sedari dia melatah
"Sayangg!! Mak kau, cilako!"
Haahhh! Nampak dah?
(Peluh besar) Kita tau kan, hidangan lagu-lagu lagha (yang lalai daripada mengingati Allah) dan budaya mengagug-agungkan fesyen tu datang daripada mana. Ce jawab sikit?
Salahhh.. Bukan "iPad"! Ish. Pantang betul bukak topik ni. Tak nampak lagi ke?
Jawapannya "BARAT" la, anak-anak.
Ye...Barat. Pandai Chek Bedah and de gengs. Haaa.. Kita dah masuk Sindrom Kedua dah ni.
Tapi kan Chek Bedah..awat tudung tak cukup kain tu? Chantek leher Cik Bedah ana tengok. Kalau chantek pun, tapi jadi bahan bakar dekat neraka, takde siapa boleh tolong tau..! Chek Kiah, kenapa seluar ketat sangat macam sarung nangka tu? Eh.
Alaaa. Chek Farhani, nak bergaya pun tak buleh ke? Nanti kalau semua orang dalam dunia ni bergaya, up-to-date, chanteks pakai barang-barang branded bagai..and semua muslimat di Malaysia ni semua pakai hok litup sangat, tak de lip-lap-lip-lap kang orang kata umat Islam ni kolot..kan dah menjatuhkan fitnah terhadap agama sendiri tu..? Berdakwah macam mane pun, tak de orang nak tengok la cik oii!
Dush! Kena sekali. Isk. Isk. Bawak la bawang ni jauh-jauh.
Amboii..Chek Bedah comel. Sedapnyaaa...bijaknyaa berhujah. *Tepuk tangan sikit, nanti kita cadang beliau bertanding kerusi jadi wakil rakyat. Eh eh*gurauan semata-mata
Hhmmmppff.. Fuuuhh.. Bawak bertenang hani.
First question:
"Siapa bilang chek mek muslimat tak menawan..?" Ewah. Siapa pulak keluarkan fatwa muslimat tak boleh bergaya, ber'chanteks' dan berlawa nie? Ana pulak yang konpius!
Ana nak perbetulkan sikit pemikiran muslimat-muslimat tanah tumpah darah ana yang sangat ana cintai kerana Allah ni.
Pernah tak study garis panduan dalam Buku Undang-Undang *(Al-Quran) sebelum buat keputusan tentang hal sepenting ni? Jom kita study sket,
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
( An-Nur:31 )
“Hai Nabi, katakanlah kepada intei-isterimu, anak-anakmu dan
isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan)
jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang
demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan
Allah adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.”
(Surah al-Ahzaab: 59)
Ana harap akhawat semua tak terlepas pandang la ayat-ayat yang penting macam ni sebelum hati berkata-kata, ye?
Ada tak larangan dalam ayat ni yang mengatakan tak boleh memakai pakaian yang berwarna-warni, berbunga-bunga dan yang sedap mata memandang sehingga boleh terpacul perkataan "Cantiklah awak hari ni..", dalam ayat Allah di atas? Eh.
Nak berfesyen ke..nak bergaya sampai tudung lilit 100 kali ke.. fesyen lah! :D
Raikanlah kecantikan dan keindahan pinjaman Allah s.w.t DENGAN CARA YANG DIREDHAI-NYA. Allah kan pemilik segala kecantikan? Islam itu indah.
Tapi awas, tipu daya Tok Syaitan Ar-Rajim pulak tak sabar-sabar dah me'nekel' dan merosakkan kepala otak muslimat zaman sekarang. Anda mungkin boleh terkena suntikan 'tabarruj'! Ah.. Sudaahhh..
Menitik peluh seribu.
Jangan risau, Prof. Dr. Farhani dah mengenal pasti beberapa formula yang boleh kita guna pakai untuk men'detect' dan menjauhi suntikan tabarruj ni.
Step 1: Bila dah siap pakai semua, tengok diri sendiri, kalau boleh depan cermin panjang hok paling besar sekal.
Step 2: Minta fatwa dari hati.
Step 2: Minta fatwa dari hati.
Step 3: Tepuk dada, tanya iman, tanya hati. "Hati..kau rasa tenag tak pakai macam ni? Ade rimas ke..ketat sangat ke, sendat sangat ke?
Dan yang paling penting! Tanya diri tu.. "Emm.. Rasanya, Allah redha tak aku keluar sebagai seorang muslimah, umat Nabi Muhammad pakai macam ni?
Step 4: Kalau hati ade ragu-ragu dengan jawapan, 50-50, terus cancel! Bukak lemari dan cari baju lain yang lebih baik dan meyakinkan dari yang tadi. Simple, kan?
Masih tak yakin?
Kita terus kepada..
Sindrom ketiga:
Hidup di bawah telapak kaki manusia. Eh.
Aik? Ade kah? Tak nak la. Busuk. Kaki pun belum tentu basuh. Eeee..
Tak lah. Bukan itu yang ana maksudkan. Hidup bawah telapak kaki manusia ni meletakkan bahawa manusialah penentu syurga atau neraka. Gasp.
Dup..dap..dup..dap.. Mengelap peluh.
Parah ni! Lek-lek. Bahasa rojaknya..seakan meletakkan redha manusia itulah penentu kehidupan yang diberkati.
Ya, tuan-tuan, redha manusia. Sedar tak sedar, tak payah tanya laa. Ana konfem semua pernah la terlibat. Tapi..nauzubillah, kita minta selalu agar Allah tak pernah melupakan kita dan selalu menyedarkan kita agar terhindar daripada golongan-golongan yang sebegini. So...*krikk..krikk..krikk.. Jangan la lupa pada orang kalau nak orang ingat kita! Ingat la Allah selalu, my friends!
Back to our business, jika disingkap balik redha manusia lebih kepada menitikberatkan kemewahan, kesenagan dan hiburan.
Sebagai contoh, Chek Bedah menyertai satu acara yang terkemuka di dunia iaitu pertandingan Miss Universe untuk berlumba-lumba dan membuktikan kecantikannya diiktiraf dunia dan mengatasi kecantikan Miss Farhani. Eh. Apakah..
Kita nampak dan dapat 'detect' dekat sini:
Matlamat Chek Bedah: Untuk mendapat pujian dan pengiktirafan dunia serta menjatuhkan reputasi orang lain.
Ada pulak yang sanggup bergadai rumah, potong kaki (baca: ikat perut tak makan setahun) untuk memiliki barangan berjenama hanya untuk dijaja di mata orang lain. Eh. Apakah..
Kalau duit tu guna untuk sedekah, amal jariah, kan senang hidup kat sana yang kekal abadi selama-lamanya. Tak gitu?
Tapi..janganlah risau kalau nak jugak sertai Miss Universe tu, nak tunjuk jugak baju grand setengah juta yang baru beli malam tadi. Tak payah Miss Universe laa, Miss Kampung Chempedak kampung seberang pun jadi laa, nak megah-megah sikit tunjuk baju setengah juta yang baru beli. Boleh je. Serius! Tapi, kena ingatlah, yang Maha Mengazab dah warning siap-siap.
"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran maka Allah akan memakaikannya pada hari kiamat yang semisal (pakaian yang sama), kemudian membakarnya dengan pakaian tersebut dengan api neraka".
(Riwayat Abu Daud dan dinilai Hasan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud - Hadis no. 4029)
Tsk. Tsk. Ibaratnya macam ikan bakar masak dalam aluminium foil harga setengah juta! Na'uzubillahiminzalik.
Fikirkanlah. "Hidup ini menjadi sempit, dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekeliling kamu. Apa yang kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan redha manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh pendustaan"
- Sheikh Ibn At-Toillah As-Sakandari.
-farhani fauzi-
No comments:
Post a Comment