Thursday, April 11, 2013

Di bawah jajahanku! (PART 2)


 

Sindrom keempat:
Kehidupan dikelilingi bestfriends yang changgih-manggih, boleh jadi posmen untuk kita hantar khabar berita, cerita, send binatang bulat kuning yang senyum comel *(smiley). Eh. Siapa kawan-kawan yang dimaksudkan ni?

Perkenalkan! Kamilah MukaBuku, Pencicit, Chek Bedah Kepoh *(Yahoo!) dan aneka ragam bestfriends lagi. Eheh. Ape kaitan diorang ni dengan “di bawah jajahanku”? Aku tak pernah rasa dijajah dengan diorang pun. Kitorangkan bestfriends? Uwuwuu. Menangis kebingungan.

Kenapa, ya?

“Amir! Baru pulang kau, ye nak?”

“Ye, makk! Baru lah ni haa.” Kejap salam mak. Cium tangan dulu, amik berkat. Syukur, Alhamdulillah. Sejuk perut ibu mengandung. Eh.

“Ehh, Mir. Kau nak berlari ke mana tu?”

“Kejap mak, kawan Mir ada hantar mesej penting kat FB, Mir nak kena tengok ni, sekarang jugak, mak”.

“Laahh, baju-baju kotor dalam beg ni?”

“Nanti-nanti Mir buat lah mak”.

Dengan hati yang separa kechai bagai dilanda taufan tsunami Jepun, seorang ibu yang memahami ini dengan ikhlas mencuci kesemua baju anaknya tadi. “Takpe..takpe.. Ibu faham, Mir”. Tsk. Tsk.

Setelah 4 jam berlalu..

“Mir! Turun, makan nak..”

“Kejap mak, kawan Mir nihaa..”

Wakakaka. Apa kaitan dengan kawan? Salahkan kawan la pulak. Kamu tu yang kena turun, turun saja lah makan. *Senyum sinis menyindir. Mak naik bawak kuali je lah, tepuk sikit kepala Mir yang dah tak betul macam kena pukau hantu Siam ni. Eheh.

First, chek nak tanyo, apa agaknya perasaan seorang ibu apabila seorang anak bagai menjadikan MukaBuku segala-galanya, melebihi orang yang telah mengandungkan dan melahirkannya? Ana konfem tersinggung kot beb. Logik akal, lah kan..?

Ketaksuban terhadap agen-agen kuffar*(semoga Mak Chek Hidayah tersenggol bahu mereka) seperti keadaan budak Amir tadi sememangnya tidak boleh kita salahkan seratus-peratus kepada Pak Nchek MukaBuku, dan tak juga kepada Amir. Ini kerana, Amir mempunyai akal dan fikiran yang boleh membuat keputusan samaada untuk terus ber’dating’ dengan Pak Nchek MukaBuku, atau menyahut seruan ibu dan meninggalkan FB tu kesepian kerana “Syurga seorang anak terletak di bawah telapak kaki ibu”.

Fuhh. Pecah peluh.

Tiada lagi istilah “FB tu lah perampas anak-anak mak cik daripada mak cik kalau cuti sekolah. Mak cik tunggu dia balik rumah sebulan sekali, rindu dekat dia, tapi balik dia ber’dating’ dengan orang tua tu”. Eh.

Itulah rintihan salah seorang ibu malang yang ana yakin ramai ibu-ibu diluar sana mengalami konflik hati dan jiwa bergelora yang sama. Ewah. Eheh

Jadi apa lagi anak-anak seperjuanganku, besties, bestfriends dan geng-geng Chek Kiah? Jom bangkit, buktikan persepsi mak chek-mak chek di luar sana dan ibu-ibu semua salah.

Kamilah anak-anak yang soleh solehah, boleh diharap, ambil berat dan yang paling penting pejuang-pejuang masa depan Negara dan agama yang hebat!

Daripada `A’idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi SAW bersabda:
“Al Islaam Ya’lu wa laa yu’la a’laih"
(Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya)

Habis tu Chek Farhani, nak kami semua delete la MukaBuku, Pencicit kesangan kami semua ni..! Payah la macam ni! Uwaaawaa. My besties, I cannot live without you, I’m dying. Eh. Jangan gitu, takut ana tengok. Jangan lemah sangat. Dan, jadilah pengguna bijak! Klink *kenyit mata.

Ana rasa ana tak sebut pun perkataan tu, ish, jangan serang ana dulu, semua orang.

Tak salah nak ber’MukaBuku, ber’RuangSaya’, ber’Pencicit’ dan segala macam ber- lagi lah. Tapi, gunakanlah sebaik-baiknya. Medan dakwah juga perlu diluaskan, dikreatifkan dan di’advance’kan seiring dengan perkembangan teknologi cheptaan Tok Kuffar yang berkembang sangat pesat! Keranaa.. Dakwah tidak bolehlah kita kekalkan ditakuk yang sama..berpakaian kain pelekat, T-shirt pagoda lusuh dan berkopiah hadiah jiran sebelah. Eh.



*Kriikk..krikk.. Melongo.

Ana jelaskan lagi, sedang mulut kita lantang melaungkan “Al Islaam Ya’lu wa laa yu’la a’laih’! Takbir!”, kita bersikap tidak adil, membiarkan kegiatan dakwah, ruh dan semangat bulatan gembira..konferens riang kekal ditakuk yang lama, hanya hidup di masjid-masjid dan surau-surau tanpa sebarang pembaharuan dan kreativiti yang begitu ketara. Ini boleh menjadikan perjalanan Mak Chek Hidayah untuk melanggar ruh-ruh pejuang muda akhir zaman ni agak lambat berbanding dengan perjalanan maksiat dan anasir-anasir yang boleh merobek-robek jiwa dan kefahaman Islam dalam diri pejuang-pejuang muda akhir zaman ini.

Jadi, ana menyeru sahabat-sahabat yang dekat dihati, pemegang kunci kita ke syurga bersama. Ewah. Jom! Luaskan dan bebaskan dakwah kita bertebaran di seluruh pelusuk dunia dengan memanfaatkan kawan-kawan baik changgih kita, menembusi kaki langit, melanggar setiap bucu satelit!

Kami bukan di bawah jajahanmu!

TAKBIR!

-farhani fauzi-

Wednesday, April 10, 2013

Di bawah jajahanku! (PART 1)

Aku melihat dunia hari ini,
Orang-orang Islam ibarat digenggam
belenggu orang-orang kafir,
Akhirat mereka luput tanpa bayang,
Dunia pun tercicir tak terbela,
Budaya jahil diagung-agungkan,
Siapa yang peduli?

Punya kuatnya kita digenggam jahiliyyah moden sehingga kita lupa siapa kita suatu masa dahulu..Barus, Singkel, Pasai, Ranir, Cordoba, Baghdad, Andalus..
Hilang..hilang ditelan zaman.

Kita lupa semua jawaban kepada persoalan kehidupan,
Yang mahir dihafal, tapi..
Mampukah amalan kita nak menjawab di hadapan Munkar dan Nakir nanti?

Aiwah! Ha! Amik kau terkeluar jantung.

Dalam era kegemilangan tanah airku yang gilang gemilang ini, Pak Cik Jahiliyyah tak kenal penat lelah *(walaupun tulang dah retak seribu) melakukan serangan bertubi-tubi, dan tak kurang hebatnya dalam strategi 'mantop'nya menjajah pendengaran, penglihatan kita..serta apa yang kita rasa. 

Mana tak nya?! *Ni yang tok nak cerita sejarah hidup tok ni..
Tok Jahiliyyah yang dah tua kerepot ni, sebenarnya..tok  membesar sekali bersama-sama dengan pembangunan negara dan dunia kita. Jadi tok pun dah moden, lagi moden daripada korang! Ahah, sebab tok lahir sebelum Nabi Muhammad lahir lagi. Wakakaka. Gelak sinis, menyindir kepala otak yang dah tertipu.



Bayangkan. Macam ni la rupa Tok dan Nek Jahiliyyah yang dah sukses menjajah gaya hidup kita akhir zaman ni. Sadis, kan? *Gulp. Telan air liur sebesar bola golf.

Sindrom pertama:

First, kita study dulu, cammane sebenarnya strategi Tok Jahiliyyah ni boleh terbongkar dengan Chek Farhani?
Bijaknya dia ni, dia jajah dan kuasai bahan tontonan serta bahan-bahan bacaan kita, selain menjajah lagu-lagu yang kita hidangkan tiap-tiap hari pada telinga kita!

Yang akhirnya semuanya akan di'save' dalam subconscious mind (baca: minda bawah sedar) kita. *pergh..ayatt..

Alaaahh. Bawah sedar je punn. Penting sangat ke? Ada aku peduli? Takde la sepenting reunion aku Sabtu ni.  
 Tsk. Jantung menumbuk-numbuk mintak keluar, nak lari laju-laju.

Iya..tak penting? Ana bagi beberapa saat untuk fikir balik dan buktikan kata-kata antum tu.
Hhhmm.. Nak fight? Ada brani ka..?

Perkenalkan!
Mamat A: Selalu mengaji, mendengar nasyid, baca al-Quran dan berzikir.
Mamat B: Dengar lagu rock, dah biasa mencarut, selalu call 'baby besar' *(makwe)
 
Sedang mamat A ni seronok ber'camp'ing (baca: berkelah) tepi jalan Petaling Street dengan geng-geng usrah dia *ewahh. Tiba-tiba ada sebuah kereta dengan laju meluru ke arah mamat A ni. Mamat A ni pun tanpa dia sedari dia melatah "Allah!!". Insya-Allah, tak sia-sia mati dia, mati mengingati Allah. Eheh. Amacam? Nak fight lagi. Jom tengok mamat B pulak.

Okeh..okeh.. Farhani, hang ingat hang baguihh sangattt.. 
Ana rilek je.. Peace! (: Ana tak cakap. Ops,

 Sedang mamat B ni seronok ber'camp'ing (baca: berkelah) tepi jalan Bukit Bintang lek-lek kacang dengan  geng-geng beca moden dia *aisehh.. Tiba-tiba ada sebuah kereta dengan laju meluru ke arah mamat B ni. Mamat B ni pun tanpa dia sedari dia melatah "Sayangg!! Mak kau, cilako!"

Haahhh! Nampak dah?
(Peluh besar) Kita tau kan, hidangan lagu-lagu lagha (yang lalai daripada mengingati Allah) dan budaya mengagug-agungkan fesyen tu datang daripada mana. Ce jawab sikit?


 
Salahhh.. Bukan "iPad"! Ish. Pantang betul bukak topik ni. Tak nampak lagi ke?
Jawapannya "BARAT" la, anak-anak.
Ye...Barat. Pandai Chek Bedah and de gengs. Haaa.. Kita dah masuk Sindrom Kedua dah ni.

Tapi kan Chek Bedah..awat tudung tak cukup kain tu? Chantek leher Cik Bedah ana tengok. Kalau chantek pun, tapi jadi bahan bakar dekat neraka, takde siapa boleh tolong tau..! Chek Kiah, kenapa seluar ketat sangat macam sarung nangka tu? Eh.

Alaaa. Chek Farhani, nak bergaya pun tak buleh ke? Nanti kalau semua orang dalam dunia ni bergaya, up-to-date, chanteks pakai barang-barang branded bagai..and semua muslimat di Malaysia ni semua pakai hok litup sangat, tak de lip-lap-lip-lap kang orang kata umat Islam ni kolot..kan dah menjatuhkan fitnah terhadap agama sendiri tu..? Berdakwah macam mane pun, tak de orang nak tengok la cik oii!

Dush! Kena sekali. Isk. Isk. Bawak la bawang ni jauh-jauh.

Amboii..Chek Bedah comel. Sedapnyaaa...bijaknyaa berhujah. *Tepuk tangan sikit, nanti kita cadang beliau bertanding kerusi jadi wakil rakyat. Eh eh*gurauan semata-mata

Hhmmmppff.. Fuuuhh.. Bawak bertenang hani.

First question:
"Siapa bilang chek mek muslimat tak menawan..?" Ewah. Siapa pulak keluarkan fatwa muslimat tak boleh bergaya, ber'chanteks' dan berlawa nie? Ana pulak yang konpius!

Ana nak perbetulkan sikit pemikiran muslimat-muslimat tanah tumpah darah ana yang sangat ana cintai kerana Allah ni.

Pernah tak study garis panduan dalam Buku Undang-Undang *(Al-Quran) sebelum buat keputusan tentang hal sepenting ni? Jom kita study sket,

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
( An-Nur:31 )
  “Hai Nabi, katakanlah kepada intei-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” 
(Surah al-Ahzaab: 59)

Ana harap akhawat semua tak terlepas pandang la ayat-ayat yang penting macam ni sebelum hati berkata-kata, ye?
Ada tak larangan dalam ayat ni yang mengatakan tak boleh memakai pakaian yang berwarna-warni, berbunga-bunga dan yang sedap mata memandang sehingga boleh terpacul perkataan "Cantiklah awak hari ni..", dalam ayat Allah di atas? Eh.

Nak berfesyen ke..nak bergaya sampai tudung lilit 100 kali ke.. fesyen lah! :D
Raikanlah kecantikan dan keindahan pinjaman Allah s.w.t DENGAN CARA YANG DIREDHAI-NYA. Allah kan pemilik segala kecantikan? Islam itu indah.
Tapi awas, tipu daya Tok Syaitan Ar-Rajim pulak tak sabar-sabar dah me'nekel' dan merosakkan kepala otak muslimat zaman sekarang. Anda mungkin boleh terkena suntikan 'tabarruj'! Ah.. Sudaahhh..

Menitik peluh seribu.

Jangan risau, Prof. Dr. Farhani dah mengenal pasti beberapa formula yang boleh kita guna pakai untuk men'detect' dan menjauhi suntikan tabarruj ni.

Step 1: Bila dah siap pakai semua, tengok diri sendiri, kalau boleh depan cermin panjang hok paling besar sekal.
Step 2: Minta fatwa dari hati.
Step 3: Tepuk dada, tanya iman, tanya hati. "Hati..kau rasa tenag tak pakai macam ni? Ade rimas ke..ketat sangat ke, sendat sangat ke?
Dan yang paling penting! Tanya diri tu.. "Emm.. Rasanya, Allah redha tak aku keluar sebagai seorang muslimah, umat Nabi Muhammad pakai macam ni?
Step 4: Kalau hati ade ragu-ragu dengan jawapan, 50-50, terus cancel! Bukak lemari dan cari baju lain yang lebih baik dan meyakinkan dari yang tadi. Simple, kan?

Masih tak yakin?

Kita terus kepada..
Sindrom ketiga:
Hidup  di bawah telapak kaki manusia. Eh.
Aik? Ade kah? Tak nak la. Busuk. Kaki pun belum tentu basuh. Eeee..

Tak lah. Bukan itu yang ana maksudkan. Hidup bawah telapak kaki manusia ni meletakkan bahawa manusialah penentu syurga atau neraka. Gasp.
Dup..dap..dup..dap.. Mengelap peluh.

Parah ni! Lek-lek. Bahasa rojaknya..seakan meletakkan redha manusia itulah penentu kehidupan yang diberkati.

Ya, tuan-tuan, redha manusia. Sedar tak sedar, tak payah tanya laa. Ana konfem semua pernah la terlibat. Tapi..nauzubillah, kita minta selalu agar Allah tak pernah melupakan kita dan selalu menyedarkan kita agar terhindar daripada golongan-golongan yang sebegini. So...*krikk..krikk..krikk.. Jangan la lupa pada orang kalau nak orang ingat kita! Ingat la Allah selalu, my friends!

Back to our business, jika disingkap balik redha manusia lebih kepada menitikberatkan kemewahan, kesenagan dan hiburan.
Sebagai contoh, Chek Bedah menyertai satu acara yang terkemuka di dunia iaitu pertandingan Miss Universe untuk berlumba-lumba dan membuktikan kecantikannya diiktiraf dunia dan mengatasi kecantikan Miss Farhani. Eh. Apakah..

Kita nampak dan dapat 'detect' dekat sini:

Matlamat Chek Bedah: Untuk mendapat pujian dan pengiktirafan dunia serta menjatuhkan reputasi orang lain.

Ada pulak yang sanggup bergadai rumah, potong kaki (baca: ikat perut tak makan setahun) untuk memiliki barangan berjenama hanya untuk dijaja di mata orang lain. Eh. Apakah..

Kalau duit tu guna untuk sedekah, amal jariah, kan senang hidup kat sana yang kekal abadi selama-lamanya. Tak gitu?

Tapi..janganlah risau kalau nak jugak sertai Miss Universe tu, nak tunjuk jugak baju grand setengah juta yang baru beli malam tadi. Tak payah Miss Universe laa, Miss Kampung Chempedak kampung seberang pun jadi laa, nak megah-megah sikit tunjuk baju setengah juta yang baru beli. Boleh je. Serius! Tapi, kena ingatlah, yang Maha Mengazab dah warning siap-siap.

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran maka Allah akan memakaikannya pada hari kiamat yang semisal (pakaian yang sama), kemudian membakarnya dengan pakaian tersebut dengan api neraka".
(Riwayat Abu Daud dan dinilai Hasan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud - Hadis no. 4029)

Tsk. Tsk. Ibaratnya macam ikan bakar masak dalam aluminium foil harga setengah juta! Na'uzubillahiminzalik.

Fikirkanlah. "Hidup ini menjadi sempit, dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekeliling kamu. Apa yang kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan redha manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh pendustaan"
- Sheikh Ibn At-Toillah As-Sakandari.

-farhani fauzi-

Monday, April 1, 2013

Emm.. Takutt?

Cube banding perasaan korang waktu tengok cerita hantu dengan perasaan waktu tengah solat. Ape rase?
*(komonla brader.. konpem lain la kann..) =,=''


Haaa.. Geng! Assalamualaikum w.b.t buat sahabat-sahabat seperjuangan yang gigih berhempas pulas, espeselly kawan-kawan hok SPM candidate 2012 ni. *Bisik-bisik: (Dugaan berat wooo..)

 Ehem! Kaifa ahwaalukum jami'an? ^_^

Choppp! Berbalik pada ayat first tadi.. *(Berhempas pulas ape pulak tu?)
Yela. Berhempas pulas 'bikin setel' strategi mantap Tok Syaitan Ar-Rajim yang tak habis-habis dengan 'tips -tips' hebat dan tipu daya mengenakan manusia lo ni. * (Haaa! Manusia mana tu?) Kita lah. Siapa lagi? Umat akhir zaman, hok umat Nabi Muhammad S.A.W., kekasih Allah.

Kalau korang perasan, cuba fikir. Setiap kali hati ni terdetik nak berubah ke..nak buat baik, ada saja 'jalan tinggi' (a.k.a. alasan melepaskan diri) ciptaan makhluk laknatullah ni berbisik.

Baru sekarang ke 'modus operandi' diorang ni bermula?

Tidak! Sejak zaman nenek moyang kita, Nabi Adam a.s. lagi.

Kalau yang muda tu. Alasannya.. "Alaaa. Masih muda, kan? Umur pun panjang lagi."
Kalau dah tua pulak. "Sudah tak de harapan. Aku dah tua. Segala-galanya sudah terlambat. Bartaubat pun tak guna."

Ha! Nampak, tak?! *(Ooppss.. Rilek. Rilek. Jangan emosi sangat. Tau la pernah tertipu jugak kan?) ;)

"Afalaaa tatafakkaruun. (Mengapa kamu tidak berfikir)?" 

Sejarah membuktikan kesombongan iblis daripada melakukan perintah Allah yang SEKALI itu (untuk sujud kepada Nabi Adam a.s.) , Allah terus mengharamkan syurga bagi mereka buat selama-lamanya!

Tapi, kita manusia BERKALI-KALI ingkar dalam melaksanakan perintah Allah, Allah tak pernah mengharamkan syurga untuk kita.

Okeh. Okeh. Back tu our bussines please..?
Hari ni kita nak cakap pasal ape, ye?

 Haa! Nampak tak perkataan "KHAUF" hok besar tertulis kat tajuk tu?
 *(Mane...? Mane...? Oooohh.. Tu dia!)
Oooppss! Bukan Khauf tu, tapi dekat situ tulis.. "Takutt?"
*Takut kat siapa ni sebenarnya? Hhmm.. Masih konpius lagi..

Tu la tajuk perkongsian yang Hani suka nak kongsikan pada hari ni ;) Perkongsian Hani pada hari ini tak la seberapa, tapi boleh la insya-Allah menjadi panduan dalam usaha kita untuk sama-sama menggapai redha Allah. insya-Allah.

Perlunya Rasa Takut seorang Hamba kepada Penciptanya yang Agung.


“Berfirman Allah swt : Demi Keagungan dan Kekuasaan-Ku tidak mungkin berkumpul dua rasa takut dalam diri hambaku dan tidak akan berkumpul dua rasa aman. Jika ia merasa aman padaKu di dunia maka akan aku buat ia takut di hari kiamat, dan jika ia takut padaKu di dunia maka ia akan aman di akhirat.” (HR Ibnu Hibban)

Martabat manusia ditentukan oleh akhlaknya. Kematangan sikap dan peribadi bermula dari rumah tangga.
Menanamkan sikap yang jujur dan membentuk perangai umat mesti dimulai dengan menanam syakhsiah pada keluarga manakala pembinaan rohani anggota keluarga pula perlu dilaksanakan dengan agama.

Ia sebenarnya perlu dimulai dengan menanamkan rasa ”Khauf” atau takut sebagaimana firman Allah swt :

“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan penuh rasa takut (khauf) dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”. (QS As Sajdah : 16)

Perkataan “khauf” yang bererti takut telah disentuh di dalam Al Qur’an sebanyak 134 kali dan perkataan yang sinonim dengannya iaitu “Khasysyah” yang juga bererti takut terdapat sebanyak 84 kali.

Allah swt menjadikan kehidupan di dunia ini ibarat medan ujian yang mesti ditempuh oleh manusia.

Firman Allah swt tentang perkara tersebut :

“Dialah Allah yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (QS Al Mulk : 2)

Rasa takut (khauf) merupakan sifat kejiwaan dan kecenderungan fitri yang bersemayam di dalam hati manusia dan memiliki peranan yang penting dalam kehidupan kejiwaan manusia.*(pergghh.. ayat..)

Sayyidina Ali bin Abi Talib ra berkata :
(MAN KHAAFA AAMANA), “Barangsiapa yang takut, aman!”

a. Kalau kita tidak takut hujan, kita tidak akan sediakan payung.
b. Apabila kita tidak takut sakit, kita tidak akan berusaha untuk meningkatkan kesihatan kita.
c. Apabila kita tidak takut negara rosak, maka kita tidak perlu memilih pemimpin yang baik.



*Islam tidak memandang rasa takut yang ada dalam diri manusia sebagai aib yang mesti dihilangkan. *(Beb, kalau suruh pun memang tak boleh hilangkan, bukan? Nama pun 'fitrah'..)
 Namun demikian, rasa takut akan menjadi sesuatu yang buruk apabila seseorang tidak mampu mengatur dan menyalurkan rasa takutnya, apalagi bila rasa takut itu menjadi halangan kepada apa-apa kemajuan, penghambat kebebasan mengamalkan sunnah dan membiarkan kehormatan dirinya rosak.

Sayyidina Ali bin Abi Talib ra menasihati kita lagi :

“Kalau kamu bertekad melakukan sesuatu, maka harungilah …… kerana bayangan bencana terlihat lebih besar dari yang sebenarnya.” 

Jadi, sesungguhnya menunggu datangnya sesuatu, tanpa bersiap sedia dan berbuat sesuatu sebenarnya lebih buruk dari sesuatu yang ditunggu itu sendiri.

Oleh kerana itu, lebih baik kita melakukan persiapan dan menyusun kekuatan batin menghadapi sesuatu yang akan datang.

Al Qur’an telah menggambarkan rasa takut yang timbul pada jiwa para rasul dan juga pada diri hamba-hamba Allah yang soleh, meskipun mereka adalah manusia pilihan yang terkenal suci dan bersih.

Allah swt berfirman menceritakan peristiwa keluarga Musa as ketika menghadapi kekejaman Fir’aun yang membunuh setiap anak-anak lelaki yang lahir kerana takut, jika generasi yang lahir itu, akan mengubah kekuasaan yang selama turun temurun telah berada di tangan keturunan Fir’aun itu.

Maka ketika Musa lahir, yang memang dipersiapkan oleh Allah swt untuk menggantikan kekuasaan Fir’aun, kepada ibu Musa diilhamkan oleh Allah swt sebagai berikut :

“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa : “Susukanlah dia, dan apabila kamu takut (khuatir), maka hanyutkanlah ia ke dalam sungai (Nil). Dan janganlah kamu takut dan (jangan pula) bersedih hati kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul.” 
(QS Al Qashash : 7)

Rasa takut (khauf) adalah masaalah yang berkaitan dengan kejadian yang akan datang.


 

Seseorang hanya merasa takut jika :

Yang dibenci tiba.
Yang dicintai hilang.

Takut merupakan salah satu syarat iman dan kerelaan melaksanakan hukum-hukumnya.

Takut kepada Allah adalah rasa takut yang semestinya dimiliki oleh setiap hamba kerana rasa takut itu mendorong untuk :

Meningkatkan amal kebaikan.
Bersegera meninggalkan semua yang dilarangNya.


Heyy, geng! Awas! Terutama sekali 'besties' ku yang sedang asyik berkepit dengan MukaBuku, sang Pengicau dan TiubAnda, henpon pintar dan aneka ragam letronik lagi. Pagar siap-siap hati kita dengan benteng pertahanan yang kukuh daripada penyakit 'WAHN'! 
Rasa takut kepada Yang Maha Kuasa adalah salah satu tiang penyangga keimanan kepadaNya.

Dengan adanya rasa takut, timbul rasa harap (rajaa’) akan keampunan (maghfirah), lahir harapan tentang ‘inayah’ (pertolongan) serta rahmat Allah dan ridhaNya.

Sehingga hakikat “iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’iin” benar-benar termatri dalam kalbu seorang hamba.

Di saat manusia merasakan getaran rasa takutnya kepada Allah, maka ketika itu bererti mereka memiliki rasa takut pula akan ancaman azab yang Allah sediakan bagi orang-orang yang durhaka kepadaNya.

Ma’rifah (pengetahuan) akan sifat Allah akan menghantarkan ke dalam pengetahuan tentang azabNya.

Seorang hamba yang soleh, berma’rifatullah dan merealisasikan hakikat kehambaannya dengan sentiasa mengamalkan perintahNya dan mengamalkan pula semua ajaran rasulNya, pasti akan memiliki rasa takut yang mendalam terhadap azab yang mengancamnya.

Sikap ini akan melahirkan kewaspadaan sehingga tidak ada amal atau perilaku yang mengarah kepada perkara-perkara yang menjadikan Allah murka dan menjadikan dirinya durhaka kepada Allah swt.

Allah swt berfirman :

“Katakanlah: “Sesungguhnya aku takut akan siksaan hari yang besar jika aku durhaka kepada Tuhanku.” 
(QS Az Zumar : 13) 

Sesungguhnya rasa takut kepada Allah itu merupakan salah satu perasaan yang diciptakan dalam diri manusia untuk memotivasi mereka dalam menyebarluaskan dan menjaga nilai-nilai Ilahi.

Orang yang benar dalam memposisikan rasa takutnya akan merasakan rahmat Allah samada dalam kehidupan duniawi mahupun ukhrawi.

Rasa takut ini dapat menjadi kuat dan lemah bergantung kepada keyakinan seseorang pada Allah swt.

Jika manusia itu memahami begitu banyak maksiatnya yang akan dihadapkan kepada Allah Yang Maha Agung yang tidak memerlukan apa-apa daripada kita, maka akan timbullah rasa takut.

Maka orang yang paling tinggi rasa takutnya adalah yang paling mengetahui dirinya dan penciptanya.


 Firman Allah swt :

“Sesungguhnya hanyalah yang paling takut pada Allah di antara hambanya adalah para ulama’.”
(QS Faathir : 28) 

Kesan dari rasa takut yang benar adalah jika seseorang sudah benar kefahamannya, maka mulailah rasa takut masuk dihatinya dan memberi kesan pada :

1. Wajahnya yang kelihatan pucat.
2. Perasaannya yang mulai gementar.
3. Tangisannya yang mula kedengaran.

Kemudian kesan itu menjadi penggugah untuk ia meninggalkan maksiat lalu terus membuat komitmen dalam ketaatan dan bersungguh-sungguh dalam beramal.

Kategori Rasa Takut
Rasa takut ini ada yang :

a. Berlebihan.
b. Sederhana.
c. Kurang.


1) Yang berlebihan adalah yang mengakibatkan rasa putus asa dan berpaling dari ketaatan.

2) Yang sederhana akan menimbulkan sikap waspada, hati-hati (wara’), takwa, mujahadah, fikir, zikir, kesihatan fizikal dan kebersihan akal.

3) Yang kurang akan mengakibatkan tidak meninggalkan maksiat yang dilakukan.


Rasa takut para salafus soleh berbagai-bagai :

1. Ada yang takut meninggal sebelum bertaubat.

2. Ada yang takut diuji dengan nikmat.

3. Ada yang takut hilang sifat istiqamah.

4. Ada yang takut su’ul khatimah.

5. Ada yang takut dahsyatnya berdiri di hadapan Allah swt.

6. Ada yang takut dihijab tidak dapat melihat wajah Allah swt di akhirat nanti.

Inilah tingkatan takut para ‘aarifiin’ kerana perasaan takutnya murni kepada kehebatan dan keagungan Allah swt sebagaimana firman-Nya :

“Dan Allah mempertakuti kamu dengan diri-Nya.” (QS Ali Imran : 30)
Di antara mereka ada Abu Darda’ ra yang berkata:
“Tidak seorangpun yang merasa aman dari gangguan syaitan terhadap imannya saat kematiannya.”

Begitu juga dengan Sufyan Ats-Tsauriy ketika saat wafatnya menangis, maka berkata seseorang:
“Ya Aba Abdullah! Apakah kamu mempunyai banyak dosa?”

Maka Sufyan mengambil segenggam tanah dan berkata:
“Demi Allah, dosaku lebih ringan dari ini, tetapi aku takut diganggu imanku sebelum kematianku.”

Ada pula seorang Nabi yang mengadu kelaparan dan kekurangan pakaiannya kepada Allah swt, maka Allah swt mewahyukan padanya:

“Wahai hambaku, apakah engkau tidak ridha bahwa aku telah melindungi hatimu dari kekafiran selama-lamanya sehingga engkau meminta dunia kepada-Ku?”

Maka Nabi tadi mengambil segenggam tanah lalu menaburkannya di atas kepalanya (kerana rasa syukurnya) sambil berkata:

“Demi Allah, aku telah ridha ya Allah, maka lindungilah aku dari kekafiran.”

Keutamaan rasa takut disebutkan dalam hadits Nabi saw :

“Berfirman Allah swt : Demi Keagungan dan Kekuasaan-Ku tidak mungkin berkumpul dua rasa takut dalam diri hambaku dan tidak akan berkumpul dua rasa aman. Jika ia merasa aman padaKu di dunia maka akan aku buat ia takut di hari kiamat, dan jika ia takut padaKu di dunia maka ia akan aman di akhirat.” (HR Ibnu Hibban)

Beberapa Contoh Sifat Rasa Takut 

PERTAMA : Takutnya para Malaikat :
“Mereka merasa takut kepada Rabb-nya, dan mereka melakukan apa-apa yang diperintahkan Allah.” (QS An-Nahl : 50)

KEDUA : Takutnya Nabi saw :
“Bahwa Nabi saw jika melihat mendung ataupun angin maka segera berubah menjadi pucat wajahnya. Berkata A’isyah ra: “Ya Rasulullah, orang-orang jika melihat mendung dan angin bergembira kerana akan datangnya hujan, maka mengapa anda cemas?” Jawab beliau saw: “Wahai A’isyah, aku tidak dapat lagi merasa aman dari azab, bukankah kaum sebelum kita ada yang diazab dengan angin dan awan mendung, dan ketika mereka melihatnya mereka berkata: Inilah hujan yang akan menyuburkan kita.” (HR Bukhari dan Muslim)
Dan dalam hadits lain disebutkan bahwa Nabi saw, jika sedang solat, terdengar di dadanya suara desingan seperti air mendidih dalam tungku, kerana tangisannya.

KETIGA : Takutnya para sahabat radiallahuanhum : 

 a. Abu Bakar ra sering berkata: “Seandainya saya hanyalah buah pohon yang dimakan.”

b. Umar ra sering berkata: “Seandainya aku tidak pernah diciptakan, seandainya ibuku tidak melahirkanku.”

c. Abu ‘Ubaidah bin Jarrah ra berkata: “Seandainya aku seekor kambing yang disembelih keluargaku lalu mereka memakan habis dagingku.”

d. Berkata Imraan bin Hushain ra: “Seandainya aku menjadi debu yang ditiup angin kencang.”

KEEMPAT : Takutnya para tabi’iin :

a. Ali bin Hussein jika berwudhu untuk solat, menjadi pucat wajahnya, maka ditanyakan orang mengapa demikian? Jawabnya: “Tahukah kamu kepada siapa saya akan mengadap?”

b. Berkata Ibrahim bin ‘Isa as Syukriy: “Datang padaku seorang lelaki dari Bahrain ke dalam masjid ketika orang-orang sudah pergi, lalu kami bercerita tentang akhirat dan zikrul maut, tiba-tiba orang itu sedemikian takutnya sampai menghembuskan nafas terakhir saat itu juga.”

c. Berkata Misma’: “Saya menyaksikan sendiri peringatan yang diberikan oleh Abdul Wahid bin Zaid di suatu majlis, maka wafat 40 orang ketika itu juga di majlis itu setelah mendengar ceramahnya.”

d. Berkata Yazid bin Mursyid: “Demi Allah seandainya Rabb-ku menyatakan akan memenjarakanku dalam sebuah ruangan selama-lamanya maka sudah pasti aku akan menangis selamanya, maka bagaimanakah jika ia mengancamku akan memenjarakanku di dalam api?!”
Demikianlah rasa takut para malaikat, nabi-nabi, para sahabat, tabi’iin, ulama’ dan auliya’.

Maka kita sebenarnya lebih patut untuk merasa takut dibandingkan dengan mereka.

Mereka takut bukan kerana dosa melainkan kerana kesucian hati dan kesempurnaan ma’rifah, sementara kita telah dikalahkan oleh kekerasan hati dan kebodohan.

Hati yang bersih akan bergetar hanya kerana sentuhan yang kecil, sementara hati yang kotor tidak berguna baginya nasihat dan ancaman.

Ya Allah, masukkanlah rasa takut ke dalam relung hati kami yang paling dalam terhadap kehebatan dan kekuasaanMu yang mutlak dan hapuskanlah rasa takut kami kepada sesama makhluk. Berilah kesedaran kepada kami melalui rasa takut akan azabMu hingga menjadikan kami sentiasa berhati-hati untuk tidak melanggar larangan-laranganMu dan sebagai motivasi untuk kami mempertingkatkan lagi ibadah kami kepadaMu. Insya-Allah.

“UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN”
“IKRAM WADAH PERJUANGAN” ;)

"STRIVE FOR MARDHATILLAH" (;

-farhani fauzi-