Thursday, December 20, 2012

Ooh. Aku telah meminati, mengaguminya sebelum aku berkahwin?! Tuhan, aku ingin bercinta.

Sedutan entri Chek Farhani pada kali ini juga tak jauh sangkut pautnya dalam kisah 'realiti' yang pernah saya alami dalam menelusuri kehidupan ini. Kerana, saya, juga adalah makhluk Allah yang tidak lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Kerana saya juga adalah hamba Allah yang tak perdaya menangkis strategi Tok Syaitan Ar-Rajiim yang POWER itu! Maka setelah melakukan kesilapan, hendaklah kita melakukan taubat kepadanya.




"Dalam Islam ni macam mana nak bercinta, tapi belum mahu nak berkahwin..?

Ataupun, lambat lagi Insya-Allah, 10 Mac saya akan berkahwin dengan budak tu. Kita tak tahu lagi, bukan?" Jadi kesempatan yang macam mana patut saya ambil, wahai ustazah??
Bercinta sebelum kahwin, atau bercinta selepas kahwin?


Sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang saya sayangi kerana Allah,
Dengan penuh kecintaan, sebenarnya Allah s.w.t. telah memberikan klu kepada kita dalam firman-Nya:
"Ada di antara manusia mengambil tandingan-tandingan lain selain daripada Allah s.w.t. Mereka mencintai tandingan itu sama dengan mereka mencintai Allah".
Maka apa yang dapat kita simbolikkan, terdapatnya unsur 'syirk al-mahabbah' di situ. Apakah 'syirk al-mahabbah'? Ia adalah syirik dalam perasaan cinta..yang seharusnya dicurahkan kepada Allah.

Lagi,
Allah juga turut memberitahu kita melalui kalam Rasulnya yang syariff:
"Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah itu cemburu. Dan orang mukmin yang turut mempunyai iman ini (Rasulullah s.a.w.) pun cemburu". Apa yang sangat membimbangkan dan memberatkan dihati kita selaku hamba Allah, yang bersulamkan iman ini adalah..

Kita takut, apabila kita meletakkan selain daripada Allah s.w.t. lebih kita ingati, lebih kita fokuskan dalam kehidupan kita, lebih kita sanggup korbankan apa sahaja bahkan jiwa raga untuk DIA, selain daripada Allah s.w.t..Allah akan CEMBURU pada kita. Apabila Allah s.w.t. cemburu pada kita, azab Allah yang paling kita takutkan, iaitu 'apabila Allah tak nak lagi kisah pada kita'!, sebab kita tidak membalas cinta-Nya.
Dan apabila Allah tidak lagi kisah pada kita, kawan-kawan..Apa lagi yang tinggal pada kita?
Kita sudah tidak merasa lazat lagi pada jalan kebaikan. Tiada lagi keseronokan dalam hati kita untuk melakukan kebaikan. Dan tiada lagi rasa seronok pada kebenaran. Maka, kita akan berbuat apa sahaja dia atas muka bumi Allah ini ikut suka kita.

Maka dengan itu, TAHNIAH! Secara rasminya kita terpisah daripada hidayah Allah s.w.t.
Itulah azab Allah yang sangat berat dalam kita nak menjalani kehidupan di atas muka bumi Allah ini. Susah, kan hidup tanpa hidayah?

Oleh sebab itu, kalau kita tersuka..teringat..atau kita kagum dekat seseorang, kita nak uruskan, kita rasa kagum dan minat kita itu dengan cara yang ALlah s.w.t. kehendaki. Bagaimana caranya?

Pertama: Orang yang bercinta kerana Allah, maka perlu ada muhasabah dalam dirinya. dia perlu muhasabah. Ketertarikan dia kepada si dia adakah tertarik kepada kewarakannya, agamanya, atau fitriahnya..? Ataupun, kepada ransangan-ransangan nafsu..atau ransangan-ransangan yang tidak rasional dan melulu.
Bahkan Imam Ghazali juga memberitahukan kriteria-kriteria kepada puterinya untuk memilih sebelum 10 tahun umur puterinya sebaik-baik untuk memilih jodoh.

Begitu juga dengan kita..
Yang sepatutnya mengambil tahu mengenai hal ini sejak dulu.. Sejak kecik lagi. Macam mana org yang patut jadi teman hidup kita nanti :P *betul kata Farhana Athirah sahabat satu kamar F01 Khalid kat KISAS dulu..

Seterusnya.. Kita jugak kena check balik, "kita ni.....jadi suka dekat si dia tu....bagaimanakah cara si dia menawarkan cintanya kepada kita? Sebab, apabila kita jelas cara si dia enawarkan cinta si dia kepada kita...kita boleh menilai sesuatu. (sebab, keterbatasan kita selaku manusia yg lemah ni menyebabkan kita tak tahu menilai banyak tentang si dia, kan..) maka kita melihat kepada zahirnya (luarannya). Seterusnya, Allah lebih tahu dalamannya. Bab ini kita serahkan kepada Allah s.w.t.

Kalau dia menawarkan cinta kepada kita dengan jalan-jalan yang menghampiri zina, seperti call...sms (texting, mesej)...chatting...dating dan sebagainya tanpa urusan, kita nak kah? Nakkah kita membina bahtera rumahtangga kita dengan dasar-dasar dan binaan maksiat kepada Allah?

Macam mana rumahtangga kita tu nak teguh, tetapi asasnya rapuh? Kita pilih benda yang rapuh, dan kita nak benda tu kekal. Itu sudah tentunya tidak wajar, tidak waras, kan?

Jadi kita nak kena muhasabah balik. Dalam Islam, kita nak kena ingat kaedah "al-aslu fi al-ikhtilaat haram" (asal percampuran, pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah HARAM).

Dan ada kaedah menyebut.."al-aslu fi al-mua'malat mudhorah" (asal muamalat, iaitu urusan kerja lelaki dan perempuan adalah HARUS).

Dalam kita nak mengimbangi dua kaedah ni, ada kaedah lain yang menyebut "darurat itu membenarkan apa yang dilarang". Tetapi bukan sebebas-bebasnya. Ada kadar-kadarnya.

Jadi, kita muhasabah balik. Dulu.... aku tersuka kat dia sebab dia mencerobohi masuk keperibadian aku, tanpa takut kepada Allah. Kita kena bertaubat segera kepada Allah s.w.t.

Yang kedua: Bnyakkan jaga ikhlas kita kepada Allah. Punyalah sebab kita tersuka kat dia, kita datang majlis ilmu pun...kita nak terjeling-jeling dekat si dia. Siap sebelum datang majlis ilmu ni pun, boleh SMS.. 

"Hari ni, nak datang forum nanti nak pakai baju apa?" mane la tau nak sama ke kan... Jadi kita muhasabah balik diri kita. Kita bertaubat dengan Allah, kita jaga ikhlas kita.

Sebab, apa yang kita takutkan, bila kita tak jaga ikhlas kita dengan Allah, kita tak de 'rasa'. Apa itu 'rasa'?
'Rasa' ni adalah satu perasaan yang Allah campakkan kepada orang yang ikhlas kepada Dia, supaya kita tak mudah tertipu dan boleh buat pertimbangan yang wajar apabila kita diuji.




Jom saya bawa kita kepada sebuah cerita:

"Adalah kisah, seorang perempuan. Dia sedang menunggu teksi. Tiba-tiba datanglah sebuah teksi datang menghampirinya. Kamulah yang mencuri spek saya!

Dengan penuh rasa kaget, perempuan itu pun terpinga-pinga. Yela! Kamulah yang mencuri spek saya!" Kamu perlu ikut saya ke balai polis."

Perempuan tadi tanpa sebarang 'rasa' atau mengesyaki apa-apa, hanya mengikuti sahaja telunjuk lelaki itu.

Dalam perjalanan *kononnya ke balai polis, lelaki itu caci maki perempuan itu dalam teksinya.
Akhirnya dia kata.."kesian kamu ni, takpela kita rehat dulu dekat hotel, baru kita perhi ke balai polis."

Lalu apa yang terjadi dekat hotel? Perempuan itu dirogol oleh lalaki jahat nih.

Lelaki jahat ni pun boleh pulak terfikir, macam mana perempuan ni boleh takde 'rasa'?. Takde apa-apa rasa syak, tak de rasa tak selamat, tak de rasa orang nak tipu dia. 

Sebab itu pentingnya kita untuk jaga ikhlas kita kepada Allah supaya kita tak hilang 'rasa' yang Allah bagi tu. Rasa untuk kita buat keputusan yang baik. Rasa nak memilih jalan yang baik dan sebagainya.

Seterusnya, bila kita bercinta kerana Allah, kita perlu ada "saddu az-zaraai'" *ade dalam PSI form 5 :P
Kita kena banyak tutup pintu-pintu fitnah.





Kalau kita rasa nak SMS dia, nak tanya dia.."Dah makan ke belum?" ataupun sekadar nak tanya "Tengah buat apa tu?".
 Kita dialog balik dengan Allah s.w.t., adakah SMS tu buat kita rasa urusan?
Apa itu 'urusan'?
Urusan ni adalah sesuatu yang 

"Apabila kita bentang di mata Allah, apabila dalam kita berdialog dengan Allah, kita yakin kita boleh jawab dengan Allah di akhirat nanti,"

itulah yang dinamakan urusan.

tapi bila kita rase, "Eh, tak rasa tenang la bila tak jawab.."

Maka, muhasabah diri kita balik. Tutuplah pintu-pintu fitnah komunikasi antara lelaki dan perempuan.

Seterusnya, kita kena banyak siapkan diri kita sebagai pasangan ideal.

Tetapi bukan kepada si dia! kita nak praktikkan utk kita persiapkan diri. Contohnya nanti nak jadi seorang isteri ataupun seorang suami yang romantik.

Kita praktikkan lah dulu kepada contohnya mak kita, kan..?

Haaa~ kita SMS dekat mak, "Ummi! I love you!" Tiba-tiba, jee.. Tak pe, tak pe.
Pernah tak hantar cm tu? SMS kat adik ke. "Adik, akak nak balik. Nanti akak balik, akak bawakkan hadiah". Itu juga adalah skill-skill romantik, betul tak? Skill romantik..skill meraikan.

Skill yang secara halal, secara yang bermaruah dan secara Allah redha dalam kehidupan kita.

Ini, kita nak tergesa-gesa praktikkan cinta kita tu pada si dia, yang mengundang murka Allah s.w.t. Jangan nanti bila dah kahwin, hilanglah segalanya.Tak rasa manis lagi, tak rasa lazat lagi.

Ingat lah wahai diri dan sahabat-sahabat..
Semakin kita jaga, semakin kita sensitif dengan perasaan kita, makin rasa malu, makin rasa hormat, makin kita tutup dalam tempoh yang kita belum berkahwin lagi ni.

Insya-Allah, nanti bila kita dah kahwin, meletup! rasa cinta kita dalam perhubungan tu. Ahhaaahhh! Tak nak, ke? :>

Tak percaya, jom buktikan! Sebab kita akan lalui jugak ^_^

Bahagianya bercinta selepas kahwin~




P/S: Alhamdulillah, berakhir sudah cetusan idea melalui tarian jari ini yang terakhir insya-Allah sebelum saya melangkahkan kaki ke PLKN, menyebarkan tali-temali dakwah "bumi waqafan", insya-Allah.







Wednesday, October 24, 2012

Gunung dikejar, TAKKAN HILANG!

Bimbang. Takut. Keluh-kesah.
Meniti saat-saat yang berlalu dalam kehidupan kita sudah tentunya membawa kita meniti liku-liku kehidupan yang penuh ranjau yang mencabar ini. Adakalanya ujian Allah tu pelbagai.

 

 Bayangkanlah..
Bagi kita sebagai seorang pelajar, KESUKARAN UNTUK MEMAHAMI SESUATU TOPIK DALAM SESUATU SUBJEK YANG KITA PELAJARI TU MERUPAKAN SATU MASALAH YANG BERAT. Lagi-lagi peperiksaan awam beberapa hari je lagi! SPM misalnya.

Akan tetapi..
Lain pula bagi seorang Pengarah Syarikat Swasta yang besar, bagi dia mungkin MASALAH ITU SEKECIL SEMUT. Masalah kerugian yang bakal dialaminya, bagi dia adalah PALING BERAT SEKALI!

Dan..
Lain pula bagi seorang Perdana Menteri, pemimpin negara, dan seterusnya. Sama ada kita sedar atau tidak, setiap yang diberikan kepada kata, meskipun sekecil zarah, adalah ujian. MANUSIA TAKKAN LEPAS DARI UJIAN, WEH! Segala-galanya boleh kita tuding jari untuk kita tuduh sebagai 'UJIAN'.

Manusia tanpa ujian, bagaimana kan dia mengaku bahawa dirinya beriman?

Allah Yang Maha Penyayang menguji kita bersesuaian dengan tahap dan 'darjat' keimanan hambanya. Allah sentiasa perhatikan kita.
Bagaimana kita 'angau', asyik tercari-cari orang yang kita cintai dimana-mana.
* Begitulah analoginya.


Dalam kita tak sedar, Allah pun boleh menunjukkan tanda-tanda cemburunya.
Amboiii.. Hang ingat hang sorang je boleh cemburu..merajuk lepuk orang menangih-nangih ikut suka hang..? Banyak chanteks. Senyum sinis.

Awat..nak bukti ka..?


 *******



Mari kita imbau sejarah kisah yang menjadi titik pemula Sambutan Hari Raya Aidil Adha seperti mana yang kita sambut pada hari ini.

"Sofa dan Marwah kisah bermula
Siti Hajar berhati mulia
Taatkan Allah jua suaminya
Biarpun hidup penuh derita

Nabi Ibrahim suami tercinta
Menerima wahyu perintah Allah
Suatu suruhan mengandungi hikmah
Mereka berdua harus berpisah

Menangis Hajar mendengar kisah
Pilu hatinya dihambat resah
Mengenang nasib telah tersurat
Hidupnya bakal menempuh susah

Nabi Ibrahim hatinya rawan
Anak dan isteri harus ditinggalkan
Namun dirinya tak dapat melawan
Perintah Allah segera dilaksana

Di padang tandus Hajar ditinggalkan
Tiada teman tiada taulan
Hanya anaknya menjadi kawan
Pujuk dan rayu tak dipedulikan

Tika mentari membakar terik
Sesusuk tubuh lesu tak bermaya
Habis bekalan susu kekeringan
Menangis Ismail haus kelaparan

Hajar berdoa dengan hibanya
Mengharap air membasah dahaga
Tanpa diduga terpancar air
Dari hentakan kaki anaknya


Setelah sekian lama Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar dan Ismail di padanag pasir Nabi Ibrahim telah bermimpi dan menerima wahyu untuk menguji keimanannya........

 
BismillahiRahmanniRahim

[101 ] Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.

[102] Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.

[103] Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),

[104] Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim!

[105] “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

[106] Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;

[107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

[108] Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:

[109] “Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!”.

[110] Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

[111] Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.


(Surah AsSafaat 101-111)"



Subhanallah! Maha suci Allah yang sangat-sangat menyayangi hambanya.
Allah CEMBURU dengan perasaan sayang dalam diri hambanya yang mengatasi rasa sayang pada-Nya!
Allah mendatangkan ujian sesuai dengan 'darjat' baginda disisi-Nya, supaya kita kembali kepada-Nya.



Nabi Ibrahim a.s. Sudahlah baginda mendapat ujian..Alangkah susahnya untuk baginda mendapatkan zuriat.
 Sesudah Allah mendatangkan khabar gembira akan anugerah zuriat sebagai penyeri hidupnya, bolehlah baginda bersama-sama dengan anaknya, Nabi Ismail a.s. yang tercinta.
Dicelah-celah kebahagiaan itu, Allah uji pula dengan perintahnya agar anaknya disembelih.
Sangat berat, bukan di mata kita? 
Kalau kita berada di tempat baginda, agak-agaknya apa yang kita rasa? Adakah kita berputus asa? Na'uzubillahi minzalik.

bukanlah kerana Allah zalim menguji hamba yang dicintainya dengan sangat berat, tetapi  Dia menguji tahap kechentaan hamba-Nya kepada-Nya. Allah menciptakan kita untuknya. Untuk kita mencintai-Nya, bukan mencintai anugerah atau pemberian-Nya.

Jadi, wahai sahabat-sahabat seperjuanganku! Andai kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kejayaan KERANA ALLAH.
JANGAN lelah!
JANGAN putus asa!
GANJARAN dan balasan Allah itu PASTINYA ada di situ. Cuma masanya BELUM TENTU SEKARANG ;) usahlah gunung itu dikejar! Ia takkan hilang! Kalau bukan di sini, pasti besar rahmat Allah untuk kita di akhirat kelak ;)

Teruskan berusaha. Allah mendengar hati yang taat ini berbicara. Allah pasti mengabulkannya.
Aminnn. Islam memang sentiasa boleh. Anda bila lagi? Senyum.

 
p/s: Ya Allah, bersesuian dengan Hari Raya Korban ini, aku turut berniat ke arah beberapa pengorbanan terbesar yang boleh kubuat, yang boleh menjadi pendorong ke arah kemurkaan-MU oleh sebab lemahnya diri ini. Bantulah Aku, ya Allah. Aku selalu melakukan dosa. Aku ingin berjaya! Aku ingin menjadi pendakwah yang adil, ya Allah!

Tuesday, March 13, 2012

Kebutaan yang sesungguhnya adalah butanya hati!

Pernah tak kita terfikir, betapakah berertinya anugerah mata hati kurnian Allah?
Sebelum itu, bolehkah saya teruskan dengan menuntun pena perihal satu cerita?

Baiklah, kalau begitu, ceritanya begini...

*(lapangkanlah dadamu untuk meniti satu persatu perjalanan hidup seorang hamba Allah ni.. dan gunakanlah anugerah akal itu untuk berfikir...)

Ada seorang lelaki yang hidup dalam kebutaan, namun ia sangat bahagia bersama isteri yang mencintainya dengan tulus, anaknya yang berbakti dan seorang temannya yang sangat jujur. Satu-satunya yang mengurangi kebahagiaannya, SATU SAJA! Iaitu kegelapan hidup yang diharunginya. Dia berharap agar suatu hari nanti dapat melihat cahaya, sehingga dapat menyaksikan kebahagiaan yang utuh dengan mata kepalanya sendiri.




Di lingkungannya, terdapat seorang doktor pakar mengenai mata. Ia pergi menemuinya dan meminta ubat kepadanya agar penglihatannya dapat dikembalikan seperti sediakala. Sang doktor itu memberi ubat berbentuk air yang dititiskan ke mata. Doktor tersebut berpesan kepadanya agar menggunakan ubat tersebut secara teratur. Doktor itu berkata kepadanya: "Dengan menggunakan ubat ini secara teratur, nescaya engkau akan dapat melihat cahaya kembali secara mendadak dalam waktu yang tidak dapat ditentukan."

Lelaki itu terus-menerus menggunakan ubat tersebut secara bersungguh-sungguh dan berterusan, sedangkan orang lain di sekitarnya telah putus asa dari kesembuhannya. Akan tetapi, sesudah dia menggunakan ubat tersebut selama beberapa hari, ia dapat melihat cahaya kembali dan merasakan bahawa dirinya duduk di depan rumahnya. Dia seolah-olah menjadi gila kerana begitu senang dan bahagia. Lalu dia bergegas lari ke dalam rumahnya untuk mengkhabarkan berita yang teramat menakjubkan ini kepada isterinya yang tercinta. Namun, bagaikan disambar petir, dia mendapati isterinya sedang bermadu asmara dengan sahabatnya yang ternyata telah mengkhianatinya. Ia hampir tidak percaya dengan pemandangan yang dilihatnya. Selanjutnya, ia beralih ke bilik yang lain untuk melihat anak lelakinya, maka ia mendapati anak lelakinya sedang membuka peti besinya dan mencuri bahagian harta yang ada di dalamnya.

          Orang buta itu kembali ke tempatnya seraya berteriak: " Ini bukanlah terapi doktor. Ini adalah sihir yang gila!" Dia pun mengambil paku dan mencungkil matanya sendiri. Akibatnya dia kembali buta seperti sediakala dan manemukan kebahagiaan yang pernah ia rasakan sebelumnya.

Sekian.


p/s: Lalu, pembaca sekalian, suka saya bertanya.
*Apakah yang ada dalam fikiran kita setelah membaca cerita ini?*Pasti anda merasa kesal dan marah dengan isteri, anak dan sahabat kepada hamba Allah yang malang ini tadi, kan..?


Ingat pesanan saya, gunakan akal untuk berfikir! Cuba kita fikirkan kembali apakah yang kita rasakan tadi. Nescaya barulah kita tahu sejauh manakah mata hati kita dapat melihat ;)

..:: Sebenarnya, dalam situasi cerita ini, hamba Allah tu celik mata hatinya sewaktu dia buta. Dia dengan mudah melihat dan merasa ketulusan cinta isterinya itu, ketaatan anaknya dan betapa jujurnya sahabatnya tadi. Dia cuma kekurangan SATU anugerah, iaitu anugerah melihat. Lalu dia berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengembalikannya. Namun, setelah dapat dia melihat, dia berasa sangat bangga dan bahagia dengan SATU nikmat itu tadi, nikmat yang membutakan matanya daripada melihat ketulusan cinta isterinya itu, ketaatan anaknya dan kejujuran sahabatnya. Mata hatinya telah ditipu! dan menjadi buta, kerana menjadi hamba mata yang zahir. Akibatnya ialah, nikmat yang satu ini boleh menghapuskan SELURUH anugerah lain yang lebih bernilai, iaitu isteri, anak dan sahabatnya! Boleh jadi, sebenarnya isterinya berbincang dengan sahabatnya dan isterinya berteman, manakala anaknya sedang mengurus harta ayahnya dengan baik, dan mengira harta ayahnya untuk memastikan terurus dengan baik::..


Haaaa~ macam mana kawan-kawan? Betul tak tekaan saya tadi? Lalu kuatkanlah mata hati kita dengan panduan luas yang terbentang depan mata kita, yang nescaya tidak akan sesat andai berpegang kepada dua hal itu. Fikirkanlah.. ;)