Tuesday, March 13, 2012

Kebutaan yang sesungguhnya adalah butanya hati!

Pernah tak kita terfikir, betapakah berertinya anugerah mata hati kurnian Allah?
Sebelum itu, bolehkah saya teruskan dengan menuntun pena perihal satu cerita?

Baiklah, kalau begitu, ceritanya begini...

*(lapangkanlah dadamu untuk meniti satu persatu perjalanan hidup seorang hamba Allah ni.. dan gunakanlah anugerah akal itu untuk berfikir...)

Ada seorang lelaki yang hidup dalam kebutaan, namun ia sangat bahagia bersama isteri yang mencintainya dengan tulus, anaknya yang berbakti dan seorang temannya yang sangat jujur. Satu-satunya yang mengurangi kebahagiaannya, SATU SAJA! Iaitu kegelapan hidup yang diharunginya. Dia berharap agar suatu hari nanti dapat melihat cahaya, sehingga dapat menyaksikan kebahagiaan yang utuh dengan mata kepalanya sendiri.




Di lingkungannya, terdapat seorang doktor pakar mengenai mata. Ia pergi menemuinya dan meminta ubat kepadanya agar penglihatannya dapat dikembalikan seperti sediakala. Sang doktor itu memberi ubat berbentuk air yang dititiskan ke mata. Doktor tersebut berpesan kepadanya agar menggunakan ubat tersebut secara teratur. Doktor itu berkata kepadanya: "Dengan menggunakan ubat ini secara teratur, nescaya engkau akan dapat melihat cahaya kembali secara mendadak dalam waktu yang tidak dapat ditentukan."

Lelaki itu terus-menerus menggunakan ubat tersebut secara bersungguh-sungguh dan berterusan, sedangkan orang lain di sekitarnya telah putus asa dari kesembuhannya. Akan tetapi, sesudah dia menggunakan ubat tersebut selama beberapa hari, ia dapat melihat cahaya kembali dan merasakan bahawa dirinya duduk di depan rumahnya. Dia seolah-olah menjadi gila kerana begitu senang dan bahagia. Lalu dia bergegas lari ke dalam rumahnya untuk mengkhabarkan berita yang teramat menakjubkan ini kepada isterinya yang tercinta. Namun, bagaikan disambar petir, dia mendapati isterinya sedang bermadu asmara dengan sahabatnya yang ternyata telah mengkhianatinya. Ia hampir tidak percaya dengan pemandangan yang dilihatnya. Selanjutnya, ia beralih ke bilik yang lain untuk melihat anak lelakinya, maka ia mendapati anak lelakinya sedang membuka peti besinya dan mencuri bahagian harta yang ada di dalamnya.

          Orang buta itu kembali ke tempatnya seraya berteriak: " Ini bukanlah terapi doktor. Ini adalah sihir yang gila!" Dia pun mengambil paku dan mencungkil matanya sendiri. Akibatnya dia kembali buta seperti sediakala dan manemukan kebahagiaan yang pernah ia rasakan sebelumnya.

Sekian.


p/s: Lalu, pembaca sekalian, suka saya bertanya.
*Apakah yang ada dalam fikiran kita setelah membaca cerita ini?*Pasti anda merasa kesal dan marah dengan isteri, anak dan sahabat kepada hamba Allah yang malang ini tadi, kan..?


Ingat pesanan saya, gunakan akal untuk berfikir! Cuba kita fikirkan kembali apakah yang kita rasakan tadi. Nescaya barulah kita tahu sejauh manakah mata hati kita dapat melihat ;)

..:: Sebenarnya, dalam situasi cerita ini, hamba Allah tu celik mata hatinya sewaktu dia buta. Dia dengan mudah melihat dan merasa ketulusan cinta isterinya itu, ketaatan anaknya dan betapa jujurnya sahabatnya tadi. Dia cuma kekurangan SATU anugerah, iaitu anugerah melihat. Lalu dia berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengembalikannya. Namun, setelah dapat dia melihat, dia berasa sangat bangga dan bahagia dengan SATU nikmat itu tadi, nikmat yang membutakan matanya daripada melihat ketulusan cinta isterinya itu, ketaatan anaknya dan kejujuran sahabatnya. Mata hatinya telah ditipu! dan menjadi buta, kerana menjadi hamba mata yang zahir. Akibatnya ialah, nikmat yang satu ini boleh menghapuskan SELURUH anugerah lain yang lebih bernilai, iaitu isteri, anak dan sahabatnya! Boleh jadi, sebenarnya isterinya berbincang dengan sahabatnya dan isterinya berteman, manakala anaknya sedang mengurus harta ayahnya dengan baik, dan mengira harta ayahnya untuk memastikan terurus dengan baik::..


Haaaa~ macam mana kawan-kawan? Betul tak tekaan saya tadi? Lalu kuatkanlah mata hati kita dengan panduan luas yang terbentang depan mata kita, yang nescaya tidak akan sesat andai berpegang kepada dua hal itu. Fikirkanlah.. ;)

No comments:

Post a Comment